4 Disember 2008

RANCANGAN TUGAS HARI INI

BIL

RANCANGAN TUGAS

1.

memantau kerja pembersihan bilik di blok 3B kolej seri serapi.

2.

Urusan di pejabat pentadbiran

3.

Memeriksa dan membaiki kerosakkan di blok 2B aras 1 dan 3 yang telah digunakan oleh pelajar karisma,MEDEC

4.

PA meminta memantau kebersihan di sekitar blok kolej seri serapi.

5.

Merata kawasan yang bertakung air di bawah bangunan blok 1 kolej serapi.

TUGASAN SEBENAR

MASA

TUGASAN

8.00 - 9.00

Urusan di kaunter pejabat kolej

  • mengemaskini laporan tugas harian.
  • menyemak email lotus notes.
  • meminta pelajar skp menyedia kunci untuk blok 2B aras 1 dan 3.
  • Meminta PRA bertugas di kaunter pejabat kolej atas sebab PTR menghadiri kursus pengurusan fail dan rekod selama 2 hari.
  • Menyerah kunci bilik blok 3B kolej seri serapi kepada pekerja kontraktor pembersihan yang kan membersih bilik.

Berjumpa dengan PA dan PPA.

  • PA menanya tentang perkembangan kerja pembersihan bilik dan blok.PA meminta kerja pembersihan mesti siap seminggu sebelum 26hb Disember 2008.Iaitu sebelum pelajar baru melapor diri.
  • PA menanya tentang perkembangan kerja pembaikkan kerosakkan di kolej serapi.
  • PA meminta memeriksa keadaan sekeliling blok kolej seri serapi.
  • PA memberitahu tentang pelajar baru masuk 26/12/ 2008 dan pelajar lama akan masuk pada 27 / 28 Disember 2008.
  • PA memberitahu ibubapa mula menginap pada 26/12/2008 dan akan keluar pada 27/12/2008.

9.00 -11.30

Memeriksa dan membaiki kerosakkan di blok 2B aras 1 dan 3 bersama dengan pelajar skp.

  • membaiki meja belajar yang patah dan goyang.
  • membaiki pagar katil yang longgar.
  • mengantikan kerusi yang kurang / hilang.
  • membaiki pad lock almari yang tertanggal

Kerja Pembaikkan perabot yang rosak

Menerima aduan dari pelajar diploma kejururawatan mengenai penceroboh yang masuk ke kawasan asrama melalui lubang pagar diantara blok 2 dan blok 3.

Memantau kerja pembersihan bilik yang dilakukkan oleh kontraktor pembersihan di blok 3B. semasa membuat pemantauan,kontraktor pembersihan sedang membersih di aras 2.

Memantau dan memeriksa kebersihan di sekeliling blok kolej seri serapi. Semasa membuat pemantauan,kebersihan di semua blok kolej serapi termasuk kawasan padang memuaskan kecuali di blok 4. Keadaan blok 4 kurang memuaskan dimana beg-beg plastik bertaburan dibawah bangunan.


Keadaan Blok 4

Keadaan di Blok 1,2 dan 3

Keadaan di padang

kerja pembersihan longkang

11.45 - 1.00

Urusan di kaunter pejabat kolej.

  • Mengemaskini laporan kerosakkan yang telah dibaiki.
  • mengemaskini laporan tugas harian.

2.00 - 3.00

Urusan di kaunter


3.00 - 4.15

membuang tempat pembiakkan nyamuk di bawah blok 1 bersama pelajar skp .

  • menimbus tempat yang bertakung air. kekurangan batu untuk menimbus.kerja tertangguh buat sementara waktu.
  • air yang bertakung berpunca daripada masalah saliran

kerja penimbusan tempat air bertakung.

Punca Air bertakung

Membuat saliran menuju ke longkang.

4.15 - 5.00

Urusan di kaunter pejabat kolej.

  • mengemaskini laporan tugas harian.
  • menerima kunci bilik dari pelajar kejururawatan yang telah tamat pratikal